Monday, April 28, 2008
Terpaksa Duk Diam
So malas nak pening kepala tukar fius tapi masih dalam keadaan tidak kemas. Ingat bila ada masa terluang skit nanti nak rewiring balik kat dalam kereta tu.
Perlukan masa dan ketenangan untuk buat sesuatu yg kemas dan menarik. (sebelum ni main pasang je sampai leh on). Dah siap nanti baru la leh mengganas balik.
73 de 9W2AAA
Monday, April 21, 2008
Jangan Jadi Bodoh Sombong.
Teguran yg dilakukan secara terbuka adalah lebih baik kerana akan membolehkan pandangan orang lain mengambil iktibar dan tidak akan melakukan kesalahan yg sama. Orang lama (menthor) perlu lah terlebih dahulu membuat teguran dan tunjuk ajar sebelum orang yg jauh membuat teguran, tidak la nanti dipandang serong oleh orang luar.
So... Bak kata Nabil(Raja Lawak) "Lu pikir la sendiri"
Bak kata pepatah "Tepuk dada tanya selera"
p/s : RAE dah nak dekat. bagi yg amik ujian tu, perbetulkan la ape yg salah dan tanya ape yg tidak faham dan tidak tahu. Bagi menthor-menthor tu, tunjuk ajarla pada orang yg baru. jangan biarkan mereka gagal.
Saturday, April 19, 2008
HARI RADIO AMATUR SEDUNIA - Jumaat 18 April 2008 1200hrs Z+8
assalamualaikum dan salam sejahtera
Mukadimah
Untuk makluman semua hari ni adalah hari besar bagi kita sebagai operator/pemegang lesen radio amatur. Ya betul! hari ni adalah HARI RADIO AMATUR SEDUNIA. Bermula dari tahun 1925 dan disambut pada 18 APRIL setiap tahun. Tema pada edisi yang ke 83 ni "AMATEUR RADIO : A FOUNDATION FOR TECHNICAL KNOWLEDGE"
"Amateur Radio: A Foundation for Technical Knowledge"
Tema tahun ni agak menarik dan BESAR. Bayangkan segala ilmu pengetahuan teknikal adalah berasaskan radio amatur. Sebagai seorang radio amatur bukan hanya SOP/AROP yang menjadi keutamaan tetapi aspek aspek teknikal yang turut memberikan kelain dalam hobi yang satu ni.
FIKIR sejenak. Fikir... Fikir... Fikir...
Dulu kita tak tahu Phonetic tetapi sekarang lancar saje berphonetic sampakan Kuala Lumpur jadi Kilo Lima, KLCC jadi Kilo Lima Charlie Charlie etc.
Dulu nganga mendengar Q code tetapi sekarang; pakai Q code pun berterabur.
Dulu kalo beli bateri, main beli je tetapi sekarang; kalo membeli bateri, Ampere yang menjadi pilihan.
Dulu betulkan antenna TV pun panggil orang buatkan tetapi sekarang ni; antenna pun buat sendiri.
Dulu siapa peduli ketinggian gunung (kecuali kaki panjat gunung) tetapi sekarang ni; itu yang nak diketahui dalam mencari lokasi repeater.
Dan bermacam macam lagi... pendek kata kalo difikirkan operator radio amatur kena tahu elekronik, elektrikal, matematik, geografi, fizik, kimia, astronomi AND THE LIST GOES ON AND ON AND ON.....
JADI sememangnya tema hari radio amatur sedunia tahun ni amat BESAR makna dan implikasinya.
Halatuju
Hobi radio amatur adalah satu package. Berbanding dengan hobi yang lain dalam radio amatur terlalu banyak Holy Grail yang nak kena capai.
Bermula dengan SWAL kita meduduki RAE untuk kelas B. Setahun berkelas B kita mendengar dan mengetuk untuk Kelas A.
Dari FM Mode kita cuba AM mode. Berjinak jinak pulak dengan Echolink/eQSO/QSOnet etc. Dah puas kita mengejar pulak setup HF untuk SSB mode dan berbagai bagai mode lagi.
Dari berbual/bersembang berbagai bagai topik di jaluran beralih mendengar dit dan dah yang merdu bagaikan melodi lagu ciptaan Vivaldi sampailah kita melihat gambar atau menonton video semuanya melalui frekuensi radio amatur.
Dari lena beradu dibuai mimpi indah bangun pukui 3 pagi dan CQ tru satelit hanya untuk 5-8 minutes time frame yang kadang-kadang tak dengo apa apa pun. (Dialog ustaz teman "Ooooo bangun malam main radio boleh... bangun malam untuk tahajjud payah" - yang ni teman no komen)
Dari beli yang dah siap kita beli parts dan brew sendiri (dialog XYL teman : kalo la TV tu boleh beli parts by parts mau TV pun brew sendiri. Jawapan teman : kalau mudah dapat parts harus teman brew kut)
Dan inilah dia package radio amatur. Inilah yang teman kata terlalu banyak Holy Grail. Jadi kekawan semua... keluarkan kompas (old skool) atau GPS (new skool) tentukan hala tuju kita.
Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama tetapi langkah yang terakhir adalah langkah pemulaan bagi perjalanan yang baru.
Penutup
Jadi ini cerita teman pada HARI RADIO AMATUR SEDUNIA. Sekadar cerita yang tak seberapa untuk kita kongsi bersama. Siapalah teman ini yang ilmunya cetek dan pengalaman yang kerdil dalam radio amatur.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RADIO AMATUR SEDUNIA
SATU HOBI SATU HATI SATU SUARA
- p e i h o n g -
Monday, April 14, 2008
Hari Isnin.
Thursday, April 10, 2008
Wednesday, April 9, 2008
Baru nak Start.
So sekarang ni baru la ku nak start mengarut buat blog. La ni nak test dulu. Tangan ni dah lama tak publish web. Ye la, last sekali aku publish tahun 1998. Masa tu kat bangku sekolah lagi. Dulu tak de blogger ni, semua kene buat sendiri, pastu upload. Seingat aku la, dulu guna www.homepage.com rasanya. sekarang ni dah tak de dah kot.