Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Saturday, September 13, 2008

Dah nak jadi

Jumaat. 12hb september 2008. 2328hrs. Kg Raya, Tapah.

Lepas bukacam biasa la selesaikan ape yg wajib. Pas tu duk melepak depan tv sambil makan pencuci mulut. Pas tu dapatla maklumat dari unit risikan.

Dalam pukul 2310hrs teman pun starts la ketera wira biru ni untuk ke lokasi perjumpaan untuk memberi taklimat pada "hunters" teman.

Perjalanan dimulakan ke lokasi yang mana tidak sampai 10km dengan kelajuan yg biasa teman pandu. Agak dalam lagi 2km nak sampai ke lokasi, tetiba je padel brek yg di tekan sebelum memasuki selekoh jadi kosong. Teman cuba pam dan menukar giar rendah tapi gagal untuk perlahan. Teman terus mengawal kenderaan di selekoh tetapi bahagian belakang kereta membuang, pengawalan kenderaan yg gurru teman ajar teman gunakan sepenuhnya. Tapi apakan daya benda ni nak jadi jugak.

Malas nak cerita pasal kerosakan, tengok je la gambar. Enjin masih hidup, kerosakan fizikal luar ada la dalam 20%.

kecederaan teman?? tengok gambar je la.

Lepas je kereta teman tak bergerak, teman terus ambil telefon dan call ayahnda dan bagi tau ape yg jadi. 4-5 org kg datag hampiri. Teman wat tak tau, terus keluar kereta dan ambil gambar. dalam pada tu singgah la kawan lama yg baru balik kerja. sempat la salam dengan dia dan bagi tau ape yg jadi. Rupanya tempat tu ada b**** h**** kot. Sebabnya lepas adik, sepupu, ayahnda dan tow truck sampai, kawan teman tadi bergerak la balik rumah.

Teman dan ape yg ada terus ke balai trafik tapah wat report. Pastu g hospital wat rawatan sepatutnye. Yg teman kata pasal b**** h**** ni sebab kawan teman yg singgah tadi ada kat bilik kecemasan. Rupanya dia pun terbabas jugak kat tempat sama (masa sebelum selekoh yg teman tekan brek tapi kosong tu). Bulu roma dah start tegak balik ni. Tak nak la cite pasal tu. Kawan teman tu ok cuma sakit dada jer.

Selesai cuci luka , ambil ubat, ngorat nurse dan ape yg patut, teman terus gerak balik rumah dengan adik teman. Pas post ni teman makan ubat n tidorrr....


hadapan kanan


Hadapan kiri


kanan dan belakang. (sepupu teman tengah buka gajet sebelum kene sapu)


Kecederaan pada kening kanan. (lo ikutkan kene 2 jahitan, tapi pakai gam enzim je)


Calar kat kepala. (luka tak dalam tapi bengkak)


p/s: kalau nak datang Tapah Road, jangan ikut jalan ni.