Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Saturday, May 31, 2008

Awal subuh yang mengejutkan

29/5/2008

Cam biasalah belah malam teman lepak kat gelanggang futsal lepas bagi taklimat kat pekerja teman. Balik rumah awal lak masa tu. lebih kurang pukul 2300 lebih teman dah ada di rumah.


30/5/2008 0000hrs


masih duduk leka atas katil sambil set POI kat PNA GPS teman. Ye la. Dah la punya lama teman mencari software navigation ni. dah la susah nak dapat, pastu tak sesuai lak dengan device teman. 2-3 hari lepas teman balik dari ayeball kat anje terus teman Crack satu software ni sampai teman dapat gunakan software ni dengan baik.

bebalik kat cerita tergempak sambil teman cari coordinat dalam google earth untuk masukkan POI kat PNA teman ni, teman terima satu panggilan dari abg Fariq lebih kurang hampir 0200hrs. terkejut gak teman dengar berita tu. Tapi bilaabg Fariq suruh telefon semula mangsa, teman dapat tenangkan semula hati teman yang terkejut ni.

Lepas je teman call mangsa, teman pun terus pakai seluar (sebelum ni pakai kain jer), cari kunci kereta n bagi tau kat ayahnda teman kemana nak dituju. Nasig baik die belum tido lagi. tengah kira gaji untuk pekarjanya.

Teman meneruskan perjalanan ke Slim River. Singgah kat Bidor dulu nak isi minyak. Sampai kat Slim teman terus je ke balai polis. Tengok kat dalam memang tak der kereta mangsa, tanya kat anggota yang bertugas di pondok kecil tu die kata "dari tengah malam tadi sampai sekarang baru kereta encik je yang masuk dalam balai ni" so maknanya teman sampai lebih awal. teman call balik mangsa, rupanya die sudah dihantar ke hospital. Tanpa buang masa teman keluar semula dari balai dan terus ke hospita. sampai hospital teman terus masuk ke unit kecemasan. Hati teman berasa lega bila lihat penumpang selamat tampa sebarang kecederaan. So teman terus ke katil sebelah, yang terlindung nengan tirai, nampak kaki je. Teman tengok muka mangsa masih lagi dalam keadaan terkejut. Cedera di bahu sebelah kanan dan bengkak di kanan kepala.

Tak lama kemudian teman terpakse keluar sebab doctor nak bari rawatan (teman nampak dr tu pegang carum suntik.) So teman paham dan terus keluar. (Sempai la Hai kat mangsa n sembang 2-3 ayat). kat luar teman pun lupa samada teman wat call or abg Fariq yg call. teman terus bagi tau yang mangsa ada di hospital dan kereta belum sampai lagi di balai. So abg Fariq bagi tau yg die baru je lepas selisih nengan tow truck yg tarik kereta mangsa n terus nak ke hospital.

Sementara teman menunggu selesai rawatan n abg Fariq n Mad sampai teman pun bejalan duk kat luar pagar hospital untuk kene asap sebatang. Nak bagi hilang skit rasa terkejut yg mengejutkan ni.

Lebih kurang 10 minit lepas tu sampai la abg Fariq n Mad. Terus ke unit kecemasan n mengintai di cermin je. And go on seperti mana cerita dalam blog abg Fariq.

Masa kat balai.

Selesai rawatan kami semua terus gerak ke balai polis untuk buat lapuran. Keluhatan kereta mangsa dah ada di sana. teman parking kereta dan keluar. Lihat keliling kereta mangsa. keadaan kereta mungkin tak leh nak percaya mangsa dalam tu leh selamat. Teman upload gambo je la. What u see is more than what i'm telling.




Kesimpulannye disini nak kongsi bersama, biar lambat asalkan selamat. berehat sebentar apabila letih. Sekarang zaman dah changgih. Gunakan sebaiknya. kalau lambat tu hubungi la org sepatutnya bagi tau yg anda lewat sedikit sebab perlu berehat sebentar kerana letih/mengantuk.

INGATLAH ORANG TERSAYANG. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA...

Friday, May 16, 2008

Hari ini Dalam Sejarah


16hb Mei
pada tahun ini memberi maksud pada 2 peristiwa yg membuat teman cuma mendiamkan diri mengenang kisah lama. nak bagi suprise pun ada ni.

Pertama kalinya teman mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Insan yang bergelar guru, cikgu, ustaz, ustazah, sifu, teacher, meadem, sir dan yg lain-lain sejawatan dengannya. Dah taip panjang2 ni baru teringat pendek kata seseorang yang mengajar kita la. hihihi...
JASAMU TETAP KU KENANG HINGGA KE AKHIR HAYATKU.



Lagi satu perkara hari ni ialah hari ni adalah genap **tahun umur YL teman ni. Siapa YL teman? Dialah 9W2AYG. pepaham je la. tak perlu la nak tulis nama penuh dan umur dirahsiakan. dah tua die ni. betambah setahun umur die. Apepun nak kata, teman tetap sayang padamu.
TO 9W2AYG:
WHAT EVER HAPPEN I STILL LOVE YOU.

p/s. Bukan ayang sorang je yang b sayang. b sayang kat ayah, ibu, adik, abang, kakak, sedaramara, kereta, rig, labtop n nyawa. hihihi... gambo panda tu pun lahiar pada tarikh yg sama gak. nama je lupa.
** tahun sengaja tak bagi tau. sebab die dah tua dan i still love you....

Monday, May 5, 2008

Kerja Baru

Minat dalam bidang radio ni sememangnya menyeronokkan. Sememangnya bidang ni memang luas dan jauh mata memandang. Dari diliplin bertutur, teknikal, cuaca, astronomi, dan banyak lagi la yang berkaitan.

Teman lak dapat kerja tentang radio juga, bukan jadi DJ, tapi membekal dan memasang rig dan kelengkapan sewaktu dengannya pada kenderaan - kenderaan NGO dan ajensi penguatkuasa serta yang berkaitan dengannya.

So start bulan depan teman akan jadi lebih sibuk dan susah la nak jumpa. Banyak gak tempat nak jelajah. Lama tu tak la lama sangat. 10 tahun je projek ni. Rasanya dalam sebulan dah boleh angkat set HF ni.

Nanti bila teman ada masa dan kesenangan teman akan tampal lagi ape yang teman nak merapu kat sini.

So cerio,
73 de 9W2AAA

Thursday, May 1, 2008

Selamat Hari Buruh.

1 Mei hari cuti am bagi semua yg bekroje. Tapi ada gak yg perlu menjalankan tanggungjawab. macam teman gak la. kene bertugas dari kul 12 sampai lal ker 6 pagi.

Dalam pada hari buruh ni gak teman bernasib baik, dapat berita yg menarik, projek yg cantik. teman dapat panggilan dari kuala lumpur untuk kerja pemasangan rig. Memang hebat dan sehaluan dengan kehendak teman.

Bila takde kerja dulu, memang la gak la teman berehat, hampir sebulan mengenangkan nasib ape nak jadi nanti lepas ni. sekarang ni baru la terjawab yg tenaga teman banyak unit memerlukan. Pening gak nanti, dah tentu teman akan jadi terlalu sibuk dengan tugasan yg banyak dan pelbagai.

So. nak g berehat setelah bekerja awal pagi tadi. ada masa lapang nanti teman merapu dengan idea idea yg boleh dan sesuai dengan tajuk blog teman. kikikiki

73 de 9W2AAA