29/5/2008
Cam biasalah belah malam teman lepak kat gelanggang futsal lepas bagi taklimat kat pekerja teman. Balik rumah awal lak masa tu. lebih kurang pukul 2300 lebih teman dah ada di rumah.
30/5/2008 0000hrs
masih duduk leka atas katil sambil set POI kat PNA GPS teman. Ye la. Dah la punya lama teman mencari software navigation ni. dah la susah nak dapat, pastu tak sesuai lak dengan device teman. 2-3 hari lepas teman balik dari ayeball kat anje terus teman Crack satu software ni sampai teman dapat gunakan software ni dengan baik.
bebalik kat cerita tergempak sambil teman cari coordinat dalam google earth untuk masukkan POI kat PNA teman ni, teman terima satu panggilan dari abg Fariq lebih kurang hampir 0200hrs. terkejut gak teman dengar berita tu. Tapi bilaabg Fariq suruh telefon semula mangsa, teman dapat tenangkan semula hati teman yang terkejut ni.
Lepas je teman call mangsa, teman pun terus pakai seluar (sebelum ni pakai kain jer), cari kunci kereta n bagi tau kat ayahnda teman kemana nak dituju. Nasig baik die belum tido lagi. tengah kira gaji untuk pekarjanya.
Teman meneruskan perjalanan ke Slim River. Singgah kat Bidor dulu nak isi minyak. Sampai kat Slim teman terus je ke balai polis. Tengok kat dalam memang tak der kereta mangsa, tanya kat anggota yang bertugas di pondok kecil tu die kata "dari tengah malam tadi sampai sekarang baru kereta encik je yang masuk dalam balai ni" so maknanya teman sampai lebih awal. teman call balik mangsa, rupanya die sudah dihantar ke hospital. Tanpa buang masa teman keluar semula dari balai dan terus ke hospita. sampai hospital teman terus masuk ke unit kecemasan. Hati teman berasa lega bila lihat penumpang selamat tampa sebarang kecederaan. So teman terus ke katil sebelah, yang terlindung nengan tirai, nampak kaki je. Teman tengok muka mangsa masih lagi dalam keadaan terkejut. Cedera di bahu sebelah kanan dan bengkak di kanan kepala.
Tak lama kemudian teman terpakse keluar sebab doctor nak bari rawatan (teman nampak dr tu pegang carum suntik.) So teman paham dan terus keluar. (Sempai la Hai kat mangsa n sembang 2-3 ayat). kat luar teman pun lupa samada teman wat call or abg Fariq yg call. teman terus bagi tau yang mangsa ada di hospital dan kereta belum sampai lagi di balai. So abg Fariq bagi tau yg die baru je lepas selisih nengan tow truck yg tarik kereta mangsa n terus nak ke hospital.
Sementara teman menunggu selesai rawatan n abg Fariq n Mad sampai teman pun bejalan duk kat luar pagar hospital untuk kene asap sebatang. Nak bagi hilang skit rasa terkejut yg mengejutkan ni.
Lebih kurang 10 minit lepas tu sampai la abg Fariq n Mad. Terus ke unit kecemasan n mengintai di cermin je. And go on seperti mana cerita dalam blog abg Fariq.
Masa kat balai.
Selesai rawatan kami semua terus gerak ke balai polis untuk buat lapuran. Keluhatan kereta mangsa dah ada di sana. teman parking kereta dan keluar. Lihat keliling kereta mangsa. keadaan kereta mungkin tak leh nak percaya mangsa dalam tu leh selamat. Teman upload gambo je la. What u see is more than what i'm telling.
Kesimpulannye disini nak kongsi bersama, biar lambat asalkan selamat. berehat sebentar apabila letih. Sekarang zaman dah changgih. Gunakan sebaiknya. kalau lambat tu hubungi la org sepatutnya bagi tau yg anda lewat sedikit sebab perlu berehat sebentar kerana letih/mengantuk.
INGATLAH ORANG TERSAYANG. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA...
Saturday, May 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment