Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Thursday, October 16, 2008

Tuah dan malang

Setelah explore Set HF FT 80c ni. teman dapati ada beberapa masalah yg memalangkan teman dari tuahnye mendapat set HF ni. Set ni power leh Rx dari 0.1Mhz hingga 29.9999Mhz sbb dah mod. Tak macam dalam speck yang mana ada beberapa frekunsi telah di block. Setelah jenuh teman memanjat pokok untuk menaikkan antenna, teman pun terus membuka telinga mendengar apa yg keluar dari pembesar suara set ni. AM mode menarik, leh dengar radio broadcast antarabangsa. Dah macam di negeri org jer. Oleh kerana dengar time tengah hari, so mode SSB tak la berapa membuka dari Amature band. 
Yg malang nye set ni tak ramai yg pakai oleh stesyen HAM di Malaysia, so susah skit nak dapat pengetahuan dari org yg berpengalaman. Bukan aper, setakan ni teman cuba Tx di 28.5000Mhz, Tapi malangnya, lampu Tx menyala, detikkan relay pada set ada. tapi PO(Power Output) meter tak bergerak lansung.
Apakah permasaalahan yg berlaku. Kat sini teman memberi 2 kemungkinan,:
1: Mic dalam handmic dah risak dan tidak berfungsi,
2: Tx transistor terbakar.
Maka teman hanya akan mendengar hingga la mendapat set FT 718 yg dijangka sampai dalam bulan Januari 2009 ni. Set ni teman akan buat bedah siasat apabila ada masa dan kelapangan serta mood nanti. jika ada sesiapa yg pernah guna set jenis ni leh la hubungi teman. 
p/s : berkongsi pengalaman menjamin kesejahteraan bersama..... renungkanlah....

3 comments:

Anonymous said...

Salam bang....masa abg tekan PTT tu dalam mode SSB atau AM ? Kalau SSB kena bagi audio bari output meter akan naik....harap2 ok tranciever tu......

streamyxboy a.k.a 9W2RIP said...

Tranciever yg problem. dah cuba tapi masih tak mau. LSB, USB, dan AM pun sama gak. Tukar mic pada hand mic pun tak leh gak. bedah siasat akan diteruskan.

9M2RDX said...

Ok bang apa2 pun good luck daripada teman. Harap dapat berjumpa dgn mika di 10m soon. 73