Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Friday, December 12, 2008

Buat kek ikut suka engkau la.

Mungkin ramai yg tak percaya dengan kebolehan teman... Bukan sekadar teknikal memasak pun teman leh wat gak... Ni teman nak bagi tau yg teman ada masak kek.

Resepinya teman salin dalam fon jer....


Tak nampak lak masa snap pic ni....


bahan2nye:-

3 biji telur
1 cawan gula halus dikisar
1 cawan mentega
1 1/2 cawan tepung (teman guna tepung kek campuran naik sendiri)
1 sudu susu pekat
1 sudu perisa makanan(teman guna vanilla)


Antara bahan mentah yg sudah sedia. Bahan bahan kat atas tadi adalah untuk saiz kecil so teman gandakan so dapat la besar skit. teman tambah coklat rice sbb bagi kelainan skit pada rupa dan rasa.


Cara-caranya:-

-Pukul (pakai mixer) gula halus dan mentega ssehingga kembang (jadi putih)
-Masukan telur sebiji demi sebiji dan adun sehingga sepati
-Masukkan susu dan asin vanilla (kalau nak lemah taruk susu lebih)
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit adn adun sehingga sebati
-Gunakan senduk(atau ape yg patut) masukan coklat rice 1/2 gelas dan gaula hingga rata
-Masuk dalam acuan dab bakar pada suhu 240'C selama 40 minit



Dalam pada tu sempat la anak buah teman ni mintak senduk sbb nak jilat sisa bancuhan... sedap katanya

Tak lepas peluang mak die sekali(kakak teman)


Hasilnya kek yg gebu, lembut dan harum(bau vanilla). Lepas keluar dari acuan biarkan sejuk dengan suhu bilik. n teman leh g mandi dulu lepas cubit skit untuk rasa hasil seni masakan teman.

Malang sekali.... Lepas teman selesai yg wajib yg tinggal hanya ini saja....




P/s..... anak buah, mak(kakak) die, nenek(bonda) n atuk(ayahnda) pada anak buah teman ni lapo rupanya...Siap plak memang tea time....

Thursday, December 4, 2008

Perhhhh

Beralih kepada komuniti yg lebih ramai. tapi yg peribadi tetap disini...

Dimana?

Disini

Wednesday, November 19, 2008

Tapah Road - Lumut - Tapah Road

Pagi tadi tengah sedap layan lagu sambil tengok graf torrent naik turun, didatangi la ngan satu panggilan dari bos. Terkejut gak la tetiba je call sbb tengah cuti sekarang ni. katanya die dah ada kat Tapah. Suruh teman cari kereta n bawak die ke Teluk Intan, katanya dalam pukul 2 petang. Pening, pening, pening.....

Nasib baik teringat yg mlm ni ada nak wat BBQ kat Gelangang futsal tapah. so teman terus call Edy n tanya die balik. "Kita g beli barang kat teluk intan je la petang ni, sbb Bos aku nak tumpang amik kereta kopeni kat sana" Edy jawab "OK" suara org baru naik dari kolam ikan.

Tepat kul 1400hrs Edy sampai kat depan rumah. N pickup bos kat kedai depan yg baru je turun bas dari tapah. Satu lagi kejutan yg teman dapat, Bos masuk je dalam kereta terus cakap kereta nak amik tu ada kat Lumut, so kene g sana amik.


Dengan keadaan terpinga-pinga tu Edy n teman kira setuju je la. Pland nak beli bahan BBQ ket teluk intan bertukar ke Lumut plak. Agak dalam kul 1530hrs sampai la kat kedai mamak depan CIMB bank belakang KFC kat simpang 4 corner lot yg mana telah dijanjikan oleh bos.

Duk kene segelas air sebelum datang team Lumut untuk hantar kereta. Pastu teman n Edy beredar dan terus ke Pasaraya Giant.

Apa yg dibeli??
1. Kepak ayam adala dalam 7 pasang
2. 4 botol air minuman berkarbonat (lain2 perisa)
3. Otak otak ikan.
4. 1 bag sosej kecil
5. roti pizza (untuk makan dalam kereta masa balik.)

Selesai je bayar ternampak la broadband both kat laluan keluar.
teman terus je daftar 1 talian. die kata tiada perjanjian dan leh terminate bebila masa jer.

Selesai je terus la cau dari situ. bergerak la balik ke Tapah Road. ODW ada la satu kemalangan maut sebuah motosikal dan sebuah kereta. Uhhhh!!! mungkin org lain tak perasan tapi teman ternampak helmet yg pecah yg penoh berlumuran darah. Nasib baik teman dah habiskan sekeping pizza tadi. kalau tak mungkin tak makan terus kot.

dalam kut 1715hrs sampai la kat umah teman balik. n sekarang ni lepas je selesai anto post ni teman nak bersiap g BBQ. Kisah kepak ayam tu Edy bawak balik dan sediakan apa yg patut.

p/s. mat rempin tu insaf la cepat. tunggang la denang berhati-hati dan cermat. ingat la orang tersayang. anda mampu mengubahnya.

Saturday, November 15, 2008

Letih

Letih kerja lorrrr...


esok lusa baru leh citer lorr. nak tido dulu....

Saturday, November 8, 2008

Tapah - Penang - Tapah

Sesah nak cerita. Kat lokasi sana susah nak dapat perkhikmatan wireless. Cyber cafe lagi la susah dengan masa bekerja yg tak menentu ni. Yg ku tahu 2hb ari tu aku dah bergerak ke ipoh, dan seterusnya ke penang. 5 hari aku di sana dengan tugas baru yg mencabar.

Radio?
Aku tidak selelalu memancar sbb bawak hendi buta je. yg di setkan V40, RBB dan ada la beberapa frekunsi lain. Kesibukan kerja menyebabkan aku tak dapat tekan PTT. So tak der la jumpa mana mana rakan kat sana. Cuma masa dalam perjalanan dari kuala batas ke Kuala Muda, Ada la nampak Base styesyen 9w2mso. tergamam tengok tower dier. oleh kerana tengah drive n nak cepat, maka tak sempat la nak amik gambo. ada rezeki nanti mungkin dapat kot.

Semalam aku dan sahabat yg lain balik kg. dalam kul 10mlm aku sampai tapah n lepah ngan member kg sampai kul 1 pagi. dalam kul 2 pagi baru aku dapt letakkan kepala ni atas bantal. Dalam kepala ni masa tu masih terpikir jemputan 9w2dfa ke eyeball kat batu gajah perdana. Dalam blog ni gak aku meminta maaf kepada rakan2 sbb tak dapat hadir kerana terlalu letih seharian bekerja.

Pagi ni letih badan ni tak hilang lagi. Sikit lagi nak gi gunting rambut, tengok kereta sbb dapat sms dari insyuran semalam yg claim dah diluluskan, pastu nak cari peralatan kerja sikit yg perlu ditambah.

Lepas ni mana plak?

Kalau ikut jadual, tugasan seterusnya berada di Alor Star, Kedah.