Dalam minggu ni agak banyak bergerak. dari hari ahad 1hb sampai la hari ni. Esok lusa tak tau lagi. mulaai semalam harga minyak dah naik. Tapi sebelum tu banyak lagi berita gempar semasa dalam perjalanan.
Ahad
Belah pagi dah keluar g meracun kat kebun.(mulanya bangun awal nak g bengkel antenna anjuran PARTS) So petang tergerak nak g Ipoh. Sebab kakanda ada pesan lo nak duit lebih leh datang rumah repair computer dan setkan network. Lepas siap, cam biasa la lepak kat anje. Balik dalam kul 0100 hrs.
Isnin
Bangun terlewat sikit. bersiap n terus cabut ke ipoh. dalam perjalanan dapat la mendengar panggilan yg 9W2PCK dah melepasi Kuala Kangsar. So mula la setkan GPS pada laluan paling cepat dan singkat. Boleh la pulak dalam nak cepat ni belt penghawa dingin n power stearing putus. Maka berat la kereta ni. Lupa ken je masalah kecik ni, terus ke lokasi, restoran Nasmir belakang Tesco. Ape yg dibincangkan boleh baca kat sini. Pas tu terus ke anje leh lepak minum n anto kereta kat bengkel sebelah.
Siap kereta n selesai minum, gerak g rumah Fariq pasang set PC n program satu hendy. Pas siap g anto hendy kat parkson n g beli barang kat indah tronik. pastu balik rumah.
Selasa
Bangun awal pagi uruskan diri, start kereta terus hantar g bengkel. Tukar lower arm belakang, lampu depan n wat beberapa pemeriksaan penting. dalam 1800hrs dah bergerak ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan dapat la satu SMS dari 9W2BBS, berita mengejutkan yg rumah Pak Dua ditimpa bencana rumahnya terbakar. Bagi sesiapa yang ingin menderma boleh salurkan ke akaun Pak Dua di Bank Islam a/c No. 901002101 ABDUL AZAZ B ABD HAMID.
Sampai kat Ampang dalam 2100hrs. Teres bapa 9W2AYG ajak makan di luar. Teman tinggalkan kereta kat pondok jaga dan naik 1 kereta je. mula nak makan kat Kg Baru, tapi takde tempat parking la. So roda terus begolek ke RoadHouse Grill. Perhhhh makan ala koboy. Menu dah tentu stik. Sebelum sampai hidangan diberi secara percuma kacang sebaldi dan roti lemak yg masih panas. Refill air lak percuma, tak dapat bayangkan kalau team anje lepak kat sana. habis makan bergerak ka danau kota. masa bangun dari kerusi memang best bunyi kulit kacang yg betabur kat atas lantai(ala koboy la katakan, ikut suka suki je buang kulit kacang merata rata.). Dah selesai windows shopping kat danau kota terus balik umah 9w2ayg n tido. (tak ingat masa sebab letih daaaa)
T B C
Friday, June 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
roadhouse grill??? perghhh lama seh tak makan kat sini.... lantai penuh kulit kacang... kacang free.... ayo gelas beso.... memang pueh hati punya....
Nanti kita wat koncoi makan la. tempat tu salah satu point yg wajib dituju.
Post a Comment